Tuesday, November 19, 2019

Perlu ke suppliment?

Perlu ke ambil makanan tambahan ni? Ramaikan yang tertanya-tanya dan mesti lah tak kurang juga yang fikir tak perlu pun ambil makanan tambahan ni. Tambahan je kan. Ramai juga yang salah anggap makanan tambahan / suppliment ni sama seperti ubat atau jamu. Hakikatnya tidak pun.

Bagi daku sangat perlu ambil makanan tambahan dalam keadaan sekitar sekarang ni ditambah dengan gaya hidup yang kurang sihat serta stress. Sumber makanan, udara, tanah dan air kita sudah tercemar. Pencemaran ni mengurangkan nilai nutrisi dalam makanan itu sendiri secara semulajadi. Ada kajian menunjukkan nilai nutrisi sebiji oren pada zaman dahulu, 20-30 tahun lalu jauh lebih tinggi dari nilai nutrisi sebiji oren kini. Sebiji oren dahulu bersamaan dengan 6 biji 1/2 oren sekarang. Hal ini berikutan kemerosotan nutrisi dari sumber alam itu sendiri yang terdedah kepada pelbagai pencemaran. Belum lagi ditambah dengan racun serta cara penyediaan makanan yang turut akan mengakibatkan nilai nutrisi dalam sesuatu makanan itu semakin merosot.

Kesibukan menyebabkan kita sukar untuk  menyediakan pemakanan yang sempurna. Disini lah suppliment memainkan peranan untuk menampung kembali jurang nutrisi yang tidak terpenuhi melalui pemakanan seharian kita. Suppliment bukan pengganti makanan utama. Kita tetap perlu makan 'real food' atau makanan sebenar. Tidak boleh hanya bergantung kepada suppliment.

Suppliment hadir sebagai pelengkap bukan penganti makanan. Ramai juga yang salah anggap seperti ini. Suppliment juga bukan ubat. Kenapa kita perlu makan suppliment berterusan? sebab suppliment ini merupakan mineral dan vitamin yang setiap hari diperlukan dan akan digunakan oleh badan kita. Tidak seperti ubat yang kita akan ambil apabila kita terkena sesuatu penyakit.

Suppliment memang tidak merawat sebarang penyakit, ya tidak merawat. Habis tu buat apa nak makan suppliment? Supaya badan kita cukup nutrisi dan tidak sakitlah he3. Badan kita sakit apabila terdapat kekurangan sesuatu nutrisi tertentu di dalam badan. Badan kita tidak mendapat nutrisi tersebut dalam pemakanan seharian kita. Contohnya seperti kalsium. Badan kita memerlukan 1000gm kalsium setiap hari bagi orang biasa. Apabila pengambilan kalsium harian kita tidak mencukupi kita akan mengalami masalah kejang ototkan. Kesan jangka panjangnya lagi buruk, iaitu akan mengakibatkan masalah tulang rapuh.

Dari mana kita perlu dapatkan kalsium harian ni. Kita perlu minum 4 gelas susu tinggi kalsium setiap hari. Alhamdulillah jika kita sempat dan mampu teguk 4 gelas susu tinggi kalsium tersebut setiap hari. Namun nilai kalsium dalam susu tersebut mungkin akan turut mengalami kemerosotan semasa proses penyediaannya. Antaranya musnah kerana suhu air panas dan sebagainya. Jadinya kita topuplah dengan suppliment untuk bantu kita cukupkan keperluan badan kita.


Pendamik COVID-19

Tiba-tiba sahaja dunia dilanda virus yang berasal dari Wuhan, China penghujung tahun 2019. Pelbagai reaksi dunia terhadap virus tersebut. Aw...