Wednesday, May 27, 2020

Pendamik COVID-19

Tiba-tiba sahaja dunia dilanda virus yang berasal dari Wuhan, China penghujung tahun 2019. Pelbagai reaksi dunia terhadap virus tersebut. Awal 2020 Tahun Baru Cina virus mula merebak ke negara-negara lain di dunia namun masih belum diisytiharkan sebagai pendemik. Penularannya berlaku melalui konteks sosial dari masyarakat China yang bergerak dari dan ke seluruh dunia untuk menyambut perayaan Tahun Baru. Masyarakat China memang terkenal dengan diasporanya diseantero dunia.

Di Malaysia tanggal 18 Mac 2020 kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyekang penularan wabak ini.PKP selama 2 minggu setiap fasa bersambung sehinggalah menjelang Aidil Fitri pada 24 Mei 2020. Masyarakat mula mengamalkan norma baru dalam rutin seharian.

Ramadan dan raya tahun ini sudah pastilah tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Majoriti tidak dibenarkan keluar bekerja dan bergerak bebas. Masing-masing diingatkan supaya duduk di rumah sahaja untuk memutuskan rangkaian Covid 19, #stayathome.

Pelbagai rencah kehidupan masyarakat berputar di sekitar musim ini. Ancaman wabak, pendapatan yang terjejas, emosi yang terluka, kehilangan lebih-lebih lagi, pengorbanan barisan hadapan dan seribu satu kisah lagi. Sepanjang musim ini juga dapat dilihat warna-warna masyarakat yang pemurah suka membantu, tidak kurang yang suka menghentam sana - sini, yang degil dan keras kepala tidak patuh dengan arahan serta aneka ragam lainnya.

Isu pendatang tanpa izin (PATI) turut menjadi salah satu isu hangat. Kasih sayang, ketakutan, kebencian, pengorbanan dan pelbagai rasa terandun menjadi sejarah tahun 2020 ini.

Tuesday, November 19, 2019

Perlu ke suppliment?

Perlu ke ambil makanan tambahan ni? Ramaikan yang tertanya-tanya dan mesti lah tak kurang juga yang fikir tak perlu pun ambil makanan tambahan ni. Tambahan je kan. Ramai juga yang salah anggap makanan tambahan / suppliment ni sama seperti ubat atau jamu. Hakikatnya tidak pun.

Bagi daku sangat perlu ambil makanan tambahan dalam keadaan sekitar sekarang ni ditambah dengan gaya hidup yang kurang sihat serta stress. Sumber makanan, udara, tanah dan air kita sudah tercemar. Pencemaran ni mengurangkan nilai nutrisi dalam makanan itu sendiri secara semulajadi. Ada kajian menunjukkan nilai nutrisi sebiji oren pada zaman dahulu, 20-30 tahun lalu jauh lebih tinggi dari nilai nutrisi sebiji oren kini. Sebiji oren dahulu bersamaan dengan 6 biji 1/2 oren sekarang. Hal ini berikutan kemerosotan nutrisi dari sumber alam itu sendiri yang terdedah kepada pelbagai pencemaran. Belum lagi ditambah dengan racun serta cara penyediaan makanan yang turut akan mengakibatkan nilai nutrisi dalam sesuatu makanan itu semakin merosot.

Kesibukan menyebabkan kita sukar untuk  menyediakan pemakanan yang sempurna. Disini lah suppliment memainkan peranan untuk menampung kembali jurang nutrisi yang tidak terpenuhi melalui pemakanan seharian kita. Suppliment bukan pengganti makanan utama. Kita tetap perlu makan 'real food' atau makanan sebenar. Tidak boleh hanya bergantung kepada suppliment.

Suppliment hadir sebagai pelengkap bukan penganti makanan. Ramai juga yang salah anggap seperti ini. Suppliment juga bukan ubat. Kenapa kita perlu makan suppliment berterusan? sebab suppliment ini merupakan mineral dan vitamin yang setiap hari diperlukan dan akan digunakan oleh badan kita. Tidak seperti ubat yang kita akan ambil apabila kita terkena sesuatu penyakit.

Suppliment memang tidak merawat sebarang penyakit, ya tidak merawat. Habis tu buat apa nak makan suppliment? Supaya badan kita cukup nutrisi dan tidak sakitlah he3. Badan kita sakit apabila terdapat kekurangan sesuatu nutrisi tertentu di dalam badan. Badan kita tidak mendapat nutrisi tersebut dalam pemakanan seharian kita. Contohnya seperti kalsium. Badan kita memerlukan 1000gm kalsium setiap hari bagi orang biasa. Apabila pengambilan kalsium harian kita tidak mencukupi kita akan mengalami masalah kejang ototkan. Kesan jangka panjangnya lagi buruk, iaitu akan mengakibatkan masalah tulang rapuh.

Dari mana kita perlu dapatkan kalsium harian ni. Kita perlu minum 4 gelas susu tinggi kalsium setiap hari. Alhamdulillah jika kita sempat dan mampu teguk 4 gelas susu tinggi kalsium tersebut setiap hari. Namun nilai kalsium dalam susu tersebut mungkin akan turut mengalami kemerosotan semasa proses penyediaannya. Antaranya musnah kerana suhu air panas dan sebagainya. Jadinya kita topuplah dengan suppliment untuk bantu kita cukupkan keperluan badan kita.


Sunday, September 29, 2019

Diri yang Hilang

Ramai yang setelah beberapa ketika dalam kitaran hidup kita akan berubah menjadi bukan diri sendiri kerana beberapa faktor. Antaranya kesibukkan bekerja dan  menguruskan rumahtangga,terutamanya wanita lah kan. Mungkin dulu sebelum berkahwin dia seorang yang aktif bersukan, beriadah, ada yang suka mengikuti perkembagan fesyen, menulis, melancong dan sebagainya.

Ada yang tidak kisah dan selesa dengan perubahan, ada juga yang memendam rasa dan terpaksa berkorban untuk kesejahteraan bersama.

Asalkan kebiasaan lama itu bagus tidak salah kita teruskan , malah lagi elok kita libatkan sekali ahli keluarga kita. Namun tidak semua yang berpeluangkan. Macam saya cakap tadi tu, terpaksa berkorban untuk semua.....

Mungkin akan ada kritikan yang menyakitkan hati dan telinga juga. Like tak sedar diri ke, dah jadi bini dan mak orang. Jadi isteri dan ibu itu bukan penjara, bukan hukuman mandatori yang boleh digunakan sebagai lesen untuk menyekat kebebasan dan hak orang lain. Biasanya lelaki kurang yang akan stop dan tinggal hobi-hobi masa bujangnya dulu selepas berkahwin walaupun hobinya tu sah-sah tak ada faedah seperti main games kan.

Tapi wanita ..... ?

Tak kurang juga yang cuba melupakan dirinya yang dulu kerana merasa masa itu telah berlalu. Tidak sesuai lagi setelah bergelar isteri apatah lagi ibu. Dirinya hilang dalam kesibukkannya menjalankan peranan sebagai isteri, ibu dan kariernya.


Rezeki Berkat itu Cukup

Hebatnya rezeki yang berkat

Sekarang ni zaman ekonomi mencabar. Hidup kat bandar lagi la mencabar. Income rm5k ke bawah masih dikira miskin. Gulp. Hu3.

Ye la.... di bandar serba serbi perlu berbayar. Nak pergi kerja kena lalu tol, keluar duit. Parking duit, makan duit, minyak kenderaan duit. Bil air elektrik confirm la kan hi3.

Ada kalanya kita terlepas pandang untuk menjaga keberkatan pendapatan kita. Kita lebih mengejar 'kuantiti' berbanding kualiti kerja kita. Kita rasa perlu banyak wang sebab kita ada banyak komitmen yang perlu diselesaikan setiap bulan. Ada masanya kita culas dengan kerja hakiki untuk urusan perniagaan kita, kita nak kejar sales. Kita lupa rezeki yang berkat itu cukup. Rezeki yang berkat walaupun sikit inshaa Allah pasti cukup, sebaliknya rezeki yang tidak berkat apatah lagi haram biar sebanyak manapun pasti tidak mencukupi juga.

Teringat tentang satu cerita tentang rezeki berkat ni,

Seorang lelaki datang menemui Imam Shafie dan mengadu hal hidupnya yang sempit dan susah serta pendapatannya yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarganya. Imam Shafie bertanya berapa jumlah pendapatannya. Lelaki tersebut memberitahu pendapatannya 5 dirham.

Anehnya Imam Shafie menasihati lelaki tersebut supaya lelaki tersebut memaklumkan kepada majikannya supaya dikurangkan upahnya kepada 4 dirham sahaja. Walaupun kehairanan namun lelaki tersebut tetap menurut nasihat Imam Shafie tersebut.

Selang beberapa masa, lelaki tersebut datang sekali lagi menemui Imam Shafie dan mengadukan perihal hidupnya yang masih tiada sebarang perubahan. Lantas Imam Shafie menasihati supaya lelaki tersebut mengurangkan upahnya kepada 3 dirham pula. Lelaki tersebut menurut nasihat Imam Shafie.

Setelah beberapa ketika lelaki itu datang lagi menemui Imam Shafie dan menceritakan perihal hidupnya yang kini cukup dan lapang dengan upah 3 dirham tersebut. Dia tertanya-tanya apakah rahsia disebalik semua ini.

Lalu Imam Shafie menjelaskan, pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki tersebut tidak berhak menerima upah melebihi 3 dirham. Lebihan 2 dirham yang diterimanya telah menghilangkan keberkatan rezekinya. Sebab itulah setelah dikeluarkan 2 dirham yang subhah tersebut rezekinya kembali menjadi berkah dan mencukupi.

Tak sama seperti logik matematik yang kita gunakan. Semakin banyak semakin besar bahagian untuk kita nikmati. Namun lagik Allah itu sangat aneh. Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana. Rezeki yang halal dan haram dikumpulkan tidak menjadi semakin banyak malah merosakkan kesemuanya sekali. Nauzubillah.

Kita bekerja dapat gaji, majikan yang bagi gajinya. Tapi rezeki Allah yang bagi. Rezeki beyond the money. Mungkin gaji kita besar tapi 'value' rezekinya rendah, sebaliknya mungkin pendapatan kita sedikit tapi value rezekinya tinggi.

Contohnya gaji 15k setiap bulan. Nampak besarkan. Tapi kita tak dapat merasa pun 5k tersebut. Tup-tup dah habis. Hutang pula masih menimbun tak terbayar. Segala pinjaman  tak langsai. Masalah datang bertimpa-timpa. Di satu sisi gaji hanya 2k sebulan. Keluarga besar. Namun semua mencukupi. Anak-anak semua dapat bersekolah dengan baik. Masing-masing mendapat bantuan dan biasiswa. Bebas hutang. Berjiran denga orang yang baik-baik. Ada saja rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Hubungan dengan saudara mara pun baik. Hidup cukup dan tenangkan.

Hebatnya Allah yang Maha Halus dan teliti. Semoga Allah sentiasa membimbing kita supaya sentiasa terpelihara dari mengambil upah / pendapatan yang tidak berkat. Ya Allah sesungguhnya kami lemah, maka bantulah kami ya Allah. Bantulah kami menjadi hamba yang Engkau redhai... Amin.

Friday, August 16, 2019

Pakej Baru TWB

Ramadhan dah berlalu, Syawal pun dah habis...Raya Qurban pun dah  selesai tapi mood raya masih on ha3. Tu la manusia kan.
Tapi lagi best nak bagitau TWB come out dengan new pakej.

Ada 3 pilihan yang memang best dan gempak...

Ye 3 bukan satu atau 2, tapi kali ni TWB offer 3 pakej terus.






Tunggu apa lagi
Cepat la contact untuk dapatkan details hi3
WhatsApp je saya 0195685164 OK 😁

Satu lagi setiap bulan kita ada promosi yang berbeza.

Fast action fast result!

Contact cepat ye

Saturday, July 6, 2019

Berdosa ke nak jadi kaya?

Kadang-kadang kita akan berhadapan dengan situasi rasa bersalah untuk kaya dan berjaya kan? Pernah tak hadap.Rasa macam ish aku ni kejar dunia sangat ke. Aku ni cari harta banyak-banyak nak buat apa. Nanti kaya takut lupa Allah dsb.

Salah ke jadi kaya dan berjaya?

Tak salah.

Yang salahnya tak beriman. Miskin ke kaya ke kalau kita tak beriman dengan Allah memang la salah.Tak tunggu kaya untuk lupa Allah. Berapa banyak orang kaya harta dan kaya hati, dan berapa banyak pula orang yang miskin harta dan jiwanya?

Allah pun ajar kita berdoa untuk hindar dari kemiskinan dan kekufuran. Ye miskin pun boleh bawa kepada kekufuran bukan kaya sahaja.

Dunia itu ditangan bukan dihati itu la zuhud. Ada harta tapi hatinya tetap pada Allah.

Kalau tak ada harta nak zuhud apanya dah memang awak tak ada harta. Kita suka menggunakan agama untuk lindung keburukkan dan kemalasan kita kan. Takpe la aku zuhud tak perlu rumah, kereta besar dsb. Wahal memang kau malas nak kerja. Memang la tak ada hasil.

Tak ada harta manapun tapi hati sayang sangat pada sesuatu yang kita ada itu la cinta dunia. Contoh mudah sayang sangat telefon bimbit tu kan. Pagi-pagi bangun cari telefon dulu, sepanjang hari dengan telefon je. Sebelum tidur malam asyik dengan telefon juga. Macam tak boleh bernafas kalau tak tengok telefon. Padahal telefon biasa-biasa je pun .

Walaupun banyak harta tapi hati tetap pada Allah. Sentiasa bersyukur dan menggunakan harta pada jalan Allah.

Teringat satu kisah tentang bab zuhud ni.....

Friday, May 24, 2019

Apa itu TWB?

Nak buat benda projek projek ni bukan senang... tak caya? Cuba buat projek sendiri. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah 😂

Projek spa TWB adalah projek team shaklee kami, yang mana pengasasnya adalah Master Ainul merangkap kakak tiera sendiri, dan tiera merupakan yang terawal join projek ni. Orang pertama.

Projek ini di tubuhkan since mei 2015. Waktu tu pakej belajar spa yang ada hanya lah belajar facial sahaja. Pakej RM750 siap dapat full set skincare Nutriwhite siap dapat cash back dari shaklee lagi!

Benda pun baru lagi waktu tu, jadi kita pun tak boleh nak letak tinggi sangat expectation pada sistem dan modul TWB.

Masih jauh dari sempurna... tapi alhamdulillah result orang berjaya buat duit banyak dengan ilmu spa kami ni, pada waktu tu. ADA. Dan RAMAI BERJAYA dengan pakej RM750. 😊

From time to time, kita upgrade ilmu... kita upgrade juga pakej pakej kita..

Mula lah ada macam macam pakej hingga lah pakej macam sekarang

Pakej RM1999
Pakej RM2999

Dan pakej special khas sempena ramadhan sahaja

RM1188

Bukan sekadar pakej dah di upgrade. Sistem dan modul pun ada banyak penambahbaikan. Cara beri training semua lah... sentiasa ada penambahbaikan alhamdulillah.

Bulan 5 tahun ini, genaplah usia TWB 4 tahun 🎉

Mungkin masih jauh dari sempurna, tapi setakat ni dah cukup terbaik untuk kami!

Baru 4 tahun beb, tahun depan baru 5 tahun.

Kalau dalam perkahwinan orang kata lepas 5 tahun pertama tu dah boleh selesa sikiit sb the first 5 years paling mencabar ye dak? Mencabar in terms of nak bina asas yang kukuh untuk rumahtangga kita.. so tiera nampak macam tu jugak TWB

Nak lepas kan 5 tahun pertama ni..... kita rasa like, macam macam dugaan halangan untuk kita develop projek spa ohsem TWB ni sampai tahap ini.. tapi stay with us bebeh, kita akan capai 5 tahun pertama kita bersama TWB!

I believe lepas 5 tahun

Lagi MELETOP LAH PROJEK SPA TWB NI dan makin ramai usahawan dan jutawan berjaya yang lahir dari TWB ni....

TWB ni selari dengan Falsafah shaklee gittu hehe ☘️ SEMULAJADI, SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN. Di TWB kita

▪️Sentiasa menekankan kajian dan penambahbaikan
▪️Help more people. Help others to help others
▪️Chase your dreams

Jika sudah pun menyertai TWB. Appreaciate dan manfaatkan dengan baik. Di kala ramai orang lain berjaya manfaatkan hingga berjaya, tapi kita take for granted. Kita lah orang yang sangat rugi.

Jika belum sertai TWB lagi, kenapa tidak join sekarang? Di saat ramai orang lain sertai

Why not YOU and why not NOW?

Kredit tu master Athirah

TWB selamatkan hidupnya!

Ya Allah tersentuhnya jiwa baca sharing alumni TWB seorang ni. Selalu juga jumpa dia, rupanya dia lalui zaman depression sebelum jumpa TWB.

Seorang pelajar yang bijak masa zaman study. Hidup berubah dan mula tertekan bila masuk alam pekerjaan. Beliau hadapi stress dengan beban kerja dan masalah kewangan. Maklum lah zaman sekarang semua perlu duit.

Beliau merasa kan dirinya useless bila tak dapat nak bagi ibu ayahnya elaun bulanan lebih dari RM 50 setiap bulan, tak dapat nak tolong repair rumah keramat hidupnya biar lagi selesa.

Juga tidak dapat menghulur sumbangan kepada ahli keluarga lain yang sesak. Banyak lagi tekanan yang beliau Hadapi hingga kan beliau terkena serangan belly palsy!!

Beliau kembali bangkit dan membina semula keyakinan diri dengan TWB. Bukan sahaja kewangannya semakin kukuh, pernah dapat sampai rm 400 sehari! malah beliau seolah-olah mendapat jiwa yang baru!

Melangkah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Lebih bermanfaat kepada masyarakat.

Inilah nilai yang tak ada dalam bisnes lain. Rasa kehambaan, ukhwah dan pergantungan kepada Allah sentiasa di ingatkan.

Alhamdulillah inshaa Allah berjaya dunia akhirat dengan TWB.

Kepada anda di luar sana yang masih mencari-cari diri sendiri dan sangat perlu berubah terutamanya dari segi kewangan untuk diri sendiri dan orang tersayang jom sertai TWB.

Sempena Ramadan ada pakej promosi yang sangat istimewa.

WhatsApp utk maklumat lanjut
http://www.wasap.my/60195685164/TWB

Saturday, May 11, 2019

Ujian Satu Peluang Part 2

Assalamualaikum... Salam Ramadan Kareem.

Ku sangka mudah rupanya mencabar betol nak maintain jenguk blog baruku ni ye. Bersawang juga adanya hi3. Ok nak sambung cerita Ujian Satu Peluang....


Saya seorang guru sekolah yang dipostingkan di negeri sendiri di daerah jiran je. Bahagiakan hidup. Lebih best sekolah tempat saya posting tu muridnya hanya 500 orang ! Ye 500 orang je. Allah bahagianya la mengajar situ. Lagi, tak ramai cikgu baharu. Ramai senior-senior umur 30an 40an macam tu la. So saya ala-ala adik bongsu la. Kena buli? Memang tak la. Semua baik-baik Ok Alhamdulillah. Lagi dimanja ada la ha3. Sampaikan minit mesyuarat pun tinggal tanda tangan je, walaupun hakikatnya sebenarnya sayalah setiausahanya. Haa boleh bayang tak macam mana happynya hidup saya kat situ.

Belum lagi bab kantin yang ya Allah best betul menunya. Masak panas-panas, tokey pun ramah. Dari jauh datang tau dah air apa nak minum. Sampai air siap dah atas meja. Hari-hari ada je yang belanja makan free. Nak bayar tokey cakap dah ada yang bayar. Memang jadi budaya selalu ada cikgu yang dah bayarkan siap-siap beberapa RM sehari untuk cikgu-cikgu yang makan kemudian.

Banyak lagi la cerita bahagia di situ. Berjela-jela pulak nak karang. So, masa posting situ bujang lagi. Setahun lepas tu saya berkawin sudah.

Bermula la detik mencabar dalam hidup saya. Kawin dengan orang dari negeri yang memang no 1 saya pangkah tak mo duduk. Tu satu hal, lagi dapat pula orang Jawa. Ha3 masa study memang tak minat orang Jawa. Kan dah kena.

Setahun PJJ. Dapat baby Alhamdulillah dapat tukar ikut suami. Adeh memang struggle betul hidup di tempat yang ko tak suka kan. Sesak, penuh warga entah Apa-apa. Nak makan pun tak kena selera. Orang tau menjual aje, rasa kelaut. Memang totally terbalik dengan hometown ku yang aman damai.

Lagi tekanan kat sekolah ya Allah, perangai seniornya, perangai boss apatah lagi budak  Memang kemurungan juga sekejap. Tambah lagi dengan life baru sebagai seorang ibu. Banyak kisah sedih tahun pertama di tempat baru. Dilayan macam tak ada air muka oleh segelintir warga sekolah.

Jadi hairan pun ye. Wujud manusia macam ni dalam sistem pendidikan. Ya Allah macam mana la nasib budak-budak. Hari-hari menangis masa drive balik sekolah. Masa tu tinggal dengan mertua. So sampai rumah cover la.

Malam-malam nangis lagi dalam selimut. Hari-hari boleh kata solat isyak di sekolah sebab nak settle kan bebanan kerja yang tak masuk akal. Boleh bayang tak sorang2 kat sekolah sampai malam!

Semua tekanan ni berlarutan, malah makin bertambah dari pelbagai pihak. Sampai la satu tahap diri terfikir nak je berhenti kerja. Tapi sedar diri tak ada skill. Jadi nak buat apa kalau berhenti kerja.

Maka lupakan je la hasrat tu. Tapi hari-hari memang fikir. Apa aku boleh buat ye. Apa aku patut buat ye. Sampai la satu hari ada waris datang serang kat sekolah sebab kluarkan surat amaran ponteng kat anak dia.

Masa ni memang ada kawan ajak join preview The Walking Beauty (TWB). Projek spa Bergerak tanpa kedai. Walaupun sebenarnya join bagi pihak kakak.

Lepas kes waris tu serang fikiran dan perasaan saya makin kuat mengatakan Allah ada.nak tunjuk / berikan saya sesuatu. Kalau semua smooth je mana kita nak fikir lebihkan.

Jadi tekanan demi tekanan, perlecehan dan segala kesedihan yang hadir ni pintu Allah nak saya berfikir dan bertindak luar dari kebiasaan.

Alhamdulillah tak lama selepas itu saya ambil keputusan mengikuti kursus Spa bersama TWB.

Next saya story journey saya bersama TWB pula OK.

Wassalam. 

Sunday, April 28, 2019

Ujian Satu Peluang

Hidup memang medan ujian. Itu pasti. Susah senang segala-galanya adalaha ujian. Namun biasanya kita hanya akan terasa sesuatu itu ujian apabila ianya datang dalam bentuk yang kita kurang atau langsung tidak sukai.

Kesedihan, kesakitan,kehilangan dan sebagainya merupakan bentuk ujian yang mudah kita sedari. Manakala masa lapang dan kesenangan pula ujian yang sering kita lupai. Dua-dua pun ujian. Ye la hidupkan memang untuk diuji siapa yang paling baik amalnya untuk bekalan hari kekal abadi kelak.
Semua sedia maklum, cuma mungkin kita sering terlupa.

Panjang pula mukadimah ye.

Sebenarnya nak cerita ujian ni merupakan cara Allah nak bagi sesuatu untuk kita. Nak bagi peluang kepada diri kita untuk menjadi lebih. Melalui ujian tersebut Allah mahu kita menggilap bakat dan potensi diri yang selama ini mungkin kita tak pernah terfikir pun kita mampu lakukan.

Ye la, jika duduk dalam zon selesa je tiada apa-apa tekanan susah la kita nak push diri kita untuk buat sesuatu yang drastikkan. Sama konsep macam belajar di sekolah. Belajar je, ambil periksa jawab ke tak markah 100 %. Haaa macam mana tu. Agak-agak berapa kerat la yang akan fokus bila cikgu mengajar ye. Fahamkan apa yang saya nak sampaikan.

Ada kisah yang saya nak kongsi. Kisah ujian yang membuka satu dimensi baru dalam hidup saya...

to be continue... inshaa Allah.

Pendamik COVID-19

Tiba-tiba sahaja dunia dilanda virus yang berasal dari Wuhan, China penghujung tahun 2019. Pelbagai reaksi dunia terhadap virus tersebut. Aw...